|
|
| Sunday, 1-Nov-2009 08:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Salam sejahtera....
Salam sejahtera diucapkan kepada semua rakan fotopages. Sejak dua menjak ni sebok sikit, jadi tak berkesempatan untuk mengupdatekan fp ni.
Doa saya semoga semua rakan2 sihat sejahtera dan dilindungi Allah selalu. Ini sebahagian dari imej2 yang saya shoot untuk Alya Catering Services dibeberapa function yang lepas.
Terimakasih diucapkan kepada Alya Catering Services yang memberikan saya peluang untuk merakamkan imej2 untuk kegunaan rasmi mereka.
Lagi gambar2 di http://alyacatering.fotopages.com
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 23-Aug-2009 22:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Menunaikan Ibdah Puasa
|
|
Bubur Lambuk Lambuk Kampung Baru
Semalam selepas saja menghantar anak saya ke Hentian Putra untuk pulang ke Terengganu, sebelum balik kerumah saya sempat 'melencong' ke Masjid Jamek Kampung Baru. Bukan apa, sekadar ingin meninjau proses penyediaan Bubur Lambuk yang popular itu.
Saya meminta kebenaran dari petugas yang ada untuk merakamkan proses penyediaan Bubur Lambuk itu, dan dibenarkan masuk kekawasan dapur oleh Tukang Masak kedua Masjid Jamek Kampung Baru tersebut.
Waktu saya tiba diperkarangan Masjid, aroma dari bahan2 yang sedang ditumis sungguh kuat sekali. Ketika itu Tuan Haji Soid (Ketua Tukang Masak) sedang menyediakan satu dari sembilan periuk Bubur Lambuk yang beliau akan sediakan untuk hari itu.
Kedatangan saya disambut baik oleh Encik Masrun Saidi atau lebih mesra dengan panggilan Pakcik Yon sahaja dikalangan masyarakat Kampung Baru. Beliau berusia 55 tahun, dan telah mula memasak untuk Masjid Jamek Kampung Baru sejak 12 tahun yang lalu.
Dalam masa 1jam 45minit proses penggambaran bersama Pak Yon di dapur Masjid Jamek Kampung Baru, kami tidak habis berbual tentang proses penyediaan Bubur Lambuk tersebut. Pak Yon nampaknya memang tidak lokek kan ilmu yang dimilikinya. Beliau memberitahu saya tentang bahan2 yang digunakan untuk menyediakan Bubur Lambuk, dari rempah ratusnya hinggalah kepada kandungan santan, beras, daging dan lain2.
Ketika sessi pengambaran Pak Yon sedang mengendalikan 3 periuk untuk peneyediaan Bubur Lambuk. Menurut Pak Yon, setiap satu periuk akan dimasak dengan 15kg Beras, 6kg Santan, 1kg Minyak Sapi, 1kg Minyak masak, 6 jenis rempah ratus yang mengandungi Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Halba, Buah Pelaga, Bunga Cengkih & Jintan Manis,Bawang Merah, Bawang Putih dan Halia. Lada Hitam sebanyak 300g digunakan selepas sahaja beras menjadi kembang dan mula patah. Selain dari bahan2 tersebut, Udang Kering sebanyak 1kg juga digunakan. Sebagai 'garnishing' Daun Sup & Daun Bawang sebanyak 1kg ditaburkan diatas Bubur Lambuk tersebut. Proses penyediaan satu periuk Bubur Lambuk mengambil masa 1 setengah jam. Kira2 antara 230~250 bungkus bubur lambuk dihasilkan bagi setiap periuk.
Menurut Pak Yon lagi, bagi individu yang berniat untuk bersedekah Bubur Lambuk bayaran caj barang2 seperti beras, santan dan lain2 termasuk upah sebanyak RM450.00 dikenakan.
Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua rakan2 fotopages.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 19-Jul-2009 01:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tapai Pulut Daun Getah
|
|
Jumaat lepas, waktu pergi minum2 di Medan Selera, Seksyen 8, PJ ternampaklah bungkusan2 berwarna hijau diatas meja.
Selalunya tapai dibungkus dengan daun pisang atau daun keladi saja, inilah kali pertama saya lihat tapai dibungkus didalam daun getah. Dah lama saya tak makan tapai disebabkan saya menghidap darah tinggi dan gout. Walau bagaimanapun sebab keunikannya yang dibungkus didalam daun getah, saya beranikan diri untuk mencuba merasainya.
Kalau ada yang cuba nak buat tapai resepinya boleh didapati di http://sofieyya.wordpress.com/2006/11/02/cara-membuat-tapai-sendiri/
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 28-Jun-2009 07:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan2 Cari Makan di Terengganu, Malaysia
|
 |
|
Sata Che Wan, Kuala Kemaman
|
|
 |
|
Udang Goreng Tepung Che Wan, Kuala Kemaman
|
|
 |
|
Otak-otak Che Wan, Kuala Kemaman
|
|
|
Jumaat lepas buat pertama kalinya aku Terengganu. Itu pun sebab nak hantar anak aku mendaftar di UiTM Kampus Dungun, Terengganu. Perjalanan yang meletihkan tapi seronok.
Dalam perjalanan balik, sempat juga singgah dibeberapa tempat, antaranya Pantai Kemasik di Kemaman, Pantai Mak Nik dan Gerai Otak2 dan Sata Che Wan. Seronok juga meratah Otak2 dan Sata. Sotong goreng tepung pun boleh tahan sedapnya.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 12-Jun-2009 18:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Masjid Besi, Putrajaya
|
 |
|
Masjid Besi, Putrajaya
|
|
 |
|
Masjid Besi, Putrajaya
|
|
|
Masjid Besi atau juga dikenali sebagai Masjid Keluli merupakan sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya. Masjid ini yang dibina pada bulan April 2004 dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2009 yang bakal menerima 20,000 orang terutama sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, Presint 3, Presint 4 dan Presint 18. Masjid ini mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya.
Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium Bernabéu di Madrid dan perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris). Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit kaca teguh (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.
Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan meneyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra. Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asma Ul Husna menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-Quran dari Surah Al-Israa’ ayat ke-80.
Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.[1]
Source : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Besi
Saya diberitau Masjid Besi dah dapat nama : Nama Masjid ini Masjid Sultan Mizan (tak berapa pasti)
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 9-Jun-2009 07:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bila Orang Kurang Siuman Cuba Membunuh Diri..
|
|
Kebetulan hari ini cuti dan tidak kemana2 hanya bersantai dirumah. Tiba2 sebuah jentera bomba lalu dihadapan rumah dengan laju sekali seolah2 ada hal kecemasan sedang berlaku. Rupa2nya seorang lelaki India berusia dalam lingkungan pertengahan 30an cuba untuk membunuh diri sebentar tadi. Tanpa melengahkan masa, saya terus mencapai kamera dan ketempat kejadian. (Hanya dihadapan rumah)
Walaubagaimanapun cubaan lelaki itu gagal apabila pihak Polis dan Bomba tiba tepat pada waktunya sebelum beliau melakukan perkara2 yang lebih merbahaya lagi. Lelaki itu yang dipercayai kurang siuman, telah mengugut ibunya untuk terjun dari rumah.
Lelaki itu juga mendakwa dia memiliki asid akan menyerang anggota polis, jika mereka menghampirinya. Lelaki itu kemudiannya terjun dari rumahnya di tingkat satu kawasan perumahan Medan Cahaya di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.
Dia mengalami kecederaan dikaki dan akhirnya berjaya ditahan oleh Polis. Ibunya sebelum itu telah membuat lapuran polis di Pondok Polis Taman Medan tentang ke''agresifan'' anaknya kerana tidak mengambil ubat yang telah diberikan oleh doktor.
Lelaki tersebut kemudiannya telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia untuk rawatan lanjut.
Syukur tiada kehilangan jiwa yang berlaku..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 31-May-2009 06:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kari Kepala Ikan
|
 |
|
Kepala Ikan Tenggiri dan Isi Ikan
|
|
 |
|
Tomato dan Cili Hijau/ Cili Merah
|
|
 |
|
Kacang Bendir
|
|
|
Dah lama tak makan Kari Kepala Ikan... Tadi pegi pasar belilah kepala ikan tenggiri... untuk di buat Kari Kepala Ikan... Pergh...! Tak payah la nak ke Kedai atau Restoran nasi Kandar tu... Kacang Bendir dicelur didalam air panas dan dihidangkan berasingan, kalau suka boleh juga dicecah dengan sambal belacan.
Kari Kepala Ikan ini biasanya dimasak dengan cara masing2. Ada yang suka Kari Kepala Ikan ini dimasak Ala Nyonya Style, ada juga cara Mamak yang kuahnya pekat dan ada juga yang memasak dengan cara masakan Melayu. Saya pernah diberitahu oleh seorang rakan melalui email, orang2 barat tidak makan kepala ikan, begitu juga dengan orang Yahudi. Saya tidak tahu apa sebabnya.
Pilihan kepala ikan juga mengikut selera pemakannya. Antara kepala Ikan yang menjadi 'favourite' untuk dibuat kari ialah Kepala Ikan Tenggiri, Kepala Ikan Merah, Kepala Ikan Nyoknyok, Kepala Ikan Tongkol (Ikan Kayu),Kepala Ikan Kurau, Kepala Ikan Jenahak dll.
Sesiapa yang inginkan resepi Kari Kepala Ikan bolehlah ke : http://resepi.mesra.net/Detailed/1974.shtml
|
|
|
|
|
|
| Monday, 11-May-2009 15:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lipis Station
|
|
Selalu disebut orang 'Kluang Station' yang sangat popular dengan roti bakarnya, sehingga ia di duplicate menjadi sebuah restoran di Damansara. Walaubagaimanapun Sabtu lepas saya berpeluang ke Kuala Lipis bersama seorang rakan dan kami melawat Stesen Keretapi Kuala Lipis atau Lipis Station. Sesampainya kami disana kelihatan dua keretapi sedang berhenti mengambil dan menurunkan penumpang sebelum menuju ke destinasi masing2.
Ketika melalui dihadapan pejabat 'Station Master' saya terlihat satu objek merah didalam pejabatnya yang cukup menarik perhatian saya. Oleh kerana saya ni segan hendak memulakan perbualan dengan 'Station Master' tersebut, maka rakan saya memulakan bual bicara.
Kami meminta kebenaran untuk mengambil gambar objek merah tersebut. Objek merah yang kelihatan seperti peti pos itu adalah merupakan sistem kawalan trafik untuk tren yang lalu sepanjang landasan dari Gemas ke Tumpat. Saya kira ianya satu sistem yang telah diguna pakai sejak puluhan tahun yang lalu kerana objek tersebut digunakan secara manual.
Papantanda Destinasi yang msih digunakan
Jadual Perjalanan Tren
BERLIAN di Stesen Lipis
Station Master
Apa agaknya yang di intai tu dik?
Seronok.. Keretapi dah nak bergerak
Station Master Office
Objek Merah yang dimaksudkan
Sedikit penerangan tentang objek merah tersebut...
Tyer's Key-Token instrument
As time progressed, Tyer & Co somehow discovered that their massive and clumsy tablet instruments didn't need to be so, and along came the neat and tidy key-token instrument.
A key-tokens could be withdrawn when the signalman held in his bell plunger at the other end of the section (the knob on the right) provided a token wasn't already out, of course!
The electrical section indicator was not provided on all instruments - some had a manual indicator.
Most instruments were painted red
Source : http://www.signalbox.org/block/tyer.htm
|
|
|
|
|
|
| Monday, 27-Apr-2009 00:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Entry kali ni sebagai support kepada rakan2 saya yang menyediakan perkhidmatan dalam profession masing2.. Kalau ada jalan bisness.. tolong2 la ye..
PROMOSI UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN/ KERAMAIAN
Perkhidmatan Katering
ALYA CATERING SERVICES
No 54 Taman Mas 2
Batu 9, Jalan Cheras
43200 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Segala Pertanyaan Sila Hubungi
Abd Aziz Shaari (Manager)
Mobile : 016 2198051
email : alyacate@streamyx.com
Email : azizshaari55@yahoo.co.uk
http://alyacatering.fotopages.com
Alya Catering Services adalah sebuah syarikat bumiputra yang berpengalaman dalam industri pemakanan khususnya di dalam bidang perniagaan restoran, kafeteria dan katering. Ianya dilengkapi dengan para kakitangan profesional serta berpengalaman dalam bidang masing-masing.
Bermula secara sambilan pada tahun 1996 menyediakan jamuan kecil-kecilan dan sederhana untuk pelajar-pelajar Malaysia di Birmingham, Midlands dan United Kingdom & Eire telah membuka minat Puan Rubiah Hj Mohd Sari, pemilik Alya Catering Services menceburi bidang katering. Di peringkat awal memperkenalkan Alya Catering Services, keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu mempromosi melalui kaedah mulut ke mulut.
Alya Catering Services telah ditubuhkan pada 11 Jun 1999 sebagai sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dengan modal berbayar RM 160,000. Kini setelah 10 tahun menceburi bidang ini, masakan Alya Catering Services telah dikenali ramai. Alya Catering Services menyediakan perkhidmatan untuk semua majlis dari sekecil jumlah 50 orang sehingga kepada tiada terhadnya. Makanan yang disediakan adalah mengikut citarasa tempatan dan barat.
Alya Catering Services telah memberi khidmat tempahan kepada semua lapisan termasuk pihak kerajaan (jabatan/sekolah) mahupun swasta. Malah sebagai langkah untuk mempromosikan lebih meluas, Alya Catering Services pernah mendapat liputan dalam sebuah majalah Mingguan Wanita keluaran 8-15 Sept 2000. Selaras dengan kejayaan mengendalikan semua majlis selama ini, kami yakin mampu menjalankan urusniaga dengan lebih profesional mengikut kepuasan yang dikehendaki oleh pelanggan.
Perkhidmatan DJ/ PENGACARA (Emcee)
Dj Zullastree Mohamad mempunyai pengalaman lebih 15 tahun sebagai Pengatur Acara Majlis (Majlis Perkahwinan, Dinner Show, dll) Menyertai Stesen Radio KLfm sejak 2001 sehingga kini. Berpengalaman dalam Majlis2 Korporat dan Majlis Hari Keluarga serta Sukaneka.
Segala Pertanyaan Sila Hubungi
Dj Zullastree Mohamad - KLfm
Mobile : 013 3442246
Dj Jay (Jemaah)
Mobile : 012 2202336
Bakery Products
Segala Pertanyaan Sila Hubungi
DE ORIGIN BUN BAKERY
Taman Jasmin
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Mobile : 012 3777483
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 7-Apr-2009 16:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kulihat Hijau...
|
|
Photography Gear :-
Canon EOS 400D
Canon Macro Lense 100mm 2.8
580EX II Speed Light
Hijau
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo
~Zainal Abidin
|
|
|
|